Special Ads

Followers

Wednesday, August 22, 2012

Review Produk : Sabun Susu Beras

Reactions: 
Salam Aidilfitri semua pembaca.. Semoga hari raya tahun ini memberi seribu makna buat anda.. 

Anda pernah dengar tentang Sabun Susu Beras? Mekap-Mekap percaya, ada antara kamu semua pernah mendengar tentang sabun ini dan mungkin juga ada yang telah dan mengamalkan pemakaiannya.. 

Mengimbau sejarah tentang sabun, sabun dipercayai telah mula digunakan pada beribu-ribu tahun dahulu iaitu pada zaman Babylon lagi. Ikon kecantikan yang begitu sinonim dalam sejarah kecantikan iaitu Cleopatra telah menggunakan sabun dalam regime penjagaan diri beliau.

Negara kita juga pernah dibanjiri produk-produk sabun dari negara-negara yang terkenal dalam penghasilan barangan kecantikan terutama sekali yang datang dari negara Filipina, Indonesia dan Thailand. Negara-negara ini begitu terkenal dalam mencipta formulasi barangan penjagaan diri khususnya sabun dan pernah mendapat sambutan hangat di negara kita.

Sungguhpun begitu, gelombang populariti sabun-sabun kecantikan yang membanjiri pasaran tempatan semakin suram kerana aspek kepelbagaian atau dalam kata lain terlalu banyak jenama sabun yang muncul hari demi hari. Selain daripada itu, keberkesanan sabun-sabun kecantikan ini diragui dalam pelbagai aspek termasuk aspek keselamatan produk, formulasi kandungan dan kesan sampingan setelah pengguna menggunakan produk sabun ini.

Namun pada tahun ini, produk sabun telah melonjak kembali popularitinya di pasaran kecantikan tempatan dengan kemunculan sabun susu beras yang mengambil alih semula pasaran produk kecantikan di negara kita. Sabun susu beras yang ingin Mekap-Mekap ulaskan adalah Sabun Susu Beras K.Brothers yang berasal daripada produksi negara Thailand.

Sabun Susu Beras K.Brothers


Sabun berbentuk buku (ketulan) yang bersaiz 5cm x 5cm x 2 cm dan mempunyai berat 60 gram. Sabun yang berwarna putih ini hadir dengan formulasi unik dan semulajadi.

Dipercayai bahawa produk ini 100% produk natural dan bebas bahan kimia. Produk ini begitu laris di pasaran pada masa kini bukan sahaja kerana ianya begitu berkesan tetapi harganya sangat-sangat-sangat berpatutan.

Mekap-Mekap begitu mengsyorkan kepada anda semua untuk mendapatkan sabun susu beras ini hari ini juga. First impression Mekap-Mekap terhadap sabun ini ialah, aroma serta haruman pandan pada sabun ini amat mempesonakan. Sabun ini amat sesuai untuk anda yang ingikan pengalaman mandian dan pencucian wajah yang berlainan. Baunya satu bilik air!

*Harga seunit sabun susu beras K.Brothers di pasaran ialah antara RM5-RM10. (Mekap-Mekap beli daripada kawan.)

Kesan Pada Wajah

Sabun yang mempunyai nilai alkali pH 8.5 ini amat berkesan pada kulit Mekap-Mekap. Selepas penggunaan pertama, Mekap-Mekap terasa kulit terasa lembut dan halus. Selepas dua hari memakai sabun ini, kulit terasa tegang dan 4 hari penggunaan kulit mengelupas sedikit di seluruh wajah. Daripada penyelidikan Mekap-Mekap, ini adalah proses normal di mana sabun ini sedang bertindak menyingkirkan sel-sel kulit mati. Sekarang dah masuk minggu ke 3 Mekap-Mekap gunakan sabun ini dan hasilnya, ada perubahan! Kulit bebas minyak utk jangkamasa yg agak lama daripada biasa (sekali cucian 4 jam baru keluar minyak sedikit) dan jerawat yang keluar akan kecut secara mendadak (dulu kena picit baru jerawat surut).

Spesifikasi sabun susu beras K.Brothers ini yang mengandungi 100% susu pati beras asli juga menyatakan produk ini membantu menyeratakan kulit wajah dan mencerahkan tona kulit wajah. Bagi Mekap-Mekap, ya benar tetapi bukanlah cerah secara mendadak, satu tone lebih cerah dari sebelumnya.

Bonus point pada sabun susu beras ini ialah amat berkesan kepada kulit berminyak dan berjerawat kerana produk ini bertindak mengecutkan jerawat dalam masa yang singkat!

Jadi Mekap-Mekap syorkan pada anda semua untuk mencubanya. Tips pemakaian Sabun Susu beras akan sentiasa diupdate dari masa ke semasa.

Kesan dan effect sabun susu beras ini adalah pengalaman saya menggunakannya. Kesan kemungkinan berbeza terhadap individu lain mengikut kondisi kulit wajah. Jika anda merasa tidak sesuai atau timbulnya kesan sampingan yanng tidak diingini, sila berhenti menggunakannya serta merta dan rujuk pada doktor.

Selamat Mencuba!





2 comments:

Nur FatIn aDiLah bT azMi said...

betul3 ~ saya dah lama mgamalkan sabun susu beras ni. now dah 2 ketul saya beli. mmg best dah la murah. boleh nmpk kesannya. ^^

Anonymous said...

True... Sy pun dh guna.. Sy baru pakai xsampai 1bln.. ada org tegur.. kulit bersih dan tegang.. Sy beli kat thai lg.. hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails