Special Ads

Followers

Saturday, May 14, 2011

Review Produk : NATURACTOR Foundation !

Reactions: 
Hi semua lama sungguh tak berceloteh pasal kecantikan kat sini kan.. Hmm.. Masa tak mengizinkan, agak busy kebelakangan ini.. Lagi-lagi baru balik dari Seoul, South Korea ni kan.. Hi hi hi.. Banyak juga pengalaman serta ilmu yang dapat selama berada di sana.. Budaya, bahasa, makanan, malah solekan juga.. Tapi kali ni, tak nak cerita pasal Make-Up Korea dulu.. Sekarang nak review satu produk yang semakin hangat di pasaran..

NATURACTOR Foundation



Bagi yang tidak pernah mendengar tentang kewujudan produk ini.. Memperkenalkan foundation yang sememangnya diperakui keberkesanannya! Ya, MeKaP-MeKaP memang ada stok bedak asas ini.. Tiga perkataan sahaja menggambarkan produk ini, Mudah Jimat Hebat !

Produk bedak asas ini buatan China.. Pasti ada yang memandang rendah dengan produk yang dibuat di negara China bukan.. Kini anda perlu buang persepsi itu sejauhnya kerana produk ini memberi kesan yang baik buat anda, si pencinta solekan..

Bedak asas ini ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan dan amat menjimatkan.. Setiap aplikasi tidak memerlukan kuantiti yang banyak.. Sapuan yang sederhana sudah memadai bagi menyembunyikan cela-cela di wajah anda.. Sapuan boleh dilakukan dengan menggunakan span atau berus foundation malah jari anda sekalipun..

Tekstur yang lembut dan licin memudahkan sapuan ke atas kulit wajah anda.. Sapuan yang kreatif serta bijak iaitu menggunakan lebih dari jatu jenis warna akan menjadikan solekan anda sangat sempurna.. Hadir dengan 10 jenis warna yang dilabelkan dengan Nombor Kod Warna, ini memudahkan lagi untuk anda memilih warna yang sesuai dgn kulit wajah anda.. Di bawah disertakan imej warna-warna yang ditawarkan..




Bagi kulit yang putih cerah kod warna 130, 140 dan 141 adalah terbaik buat anda.. Bagi kod warna 150 dan 151, ianya sesuai bagi mereka yang berkulit sederhana atau tanned.. Bagi mereka yang berkulit agak gelap, warna 152 atau 153 sudah pasti hebat buat kamu.. Kod warna 161 adalah bagi mereka yang berkulit kuning langsat.. Rangkaian bedak asas ini juga hadir dengan dua tona warna yang istimewa iaitu warna putih dan hijau yang dilabel 181 dan 171 bagi menutupi cela yang serius seperti kemerahan atau bekas jerawat yang serius..

Kod warna dan kesesuaian pada setiap jenis kulit adalah seperti yang diuar-uarkan di sumber review lain yang wujud di media cetak atau di blog-blog kecantikan yang lain.. MeKaP-MeKaP setuju dengan fungsi setiap warna foundation ini, namun MeKaP-MeKaP syorkan supaya anda lebih bijak dan kreatif apabila menyapu foundation ini..

Tips dari MeKaP-MeKaP;

Warna 151 adalah pilihan bijak bagi anda semua kerana ianya mempunyai tone warna yang boleh dikategorikan sebagai universal kerana ia sesuai pada setiap jenis tona kulit.. Warna 150 pula sesuai bg melakukan shading dan kesan shading itu tampak natural dan tidak over.. Namun begitu, warna paling gelap iaitu 153 juga sesuai bagi melahirkan kesan shading yang dramatik.. Namun begitu anda harus bijak ketika membeli dan menggunakan bedak asas ini supaya warna yang dipilih benar-benar kena dengan kulit anda.. Nantikan Tips seterusnya daripada MeKaP-MeKaP mengenai bedak asas ini pada entry yang berikutnya..

Sebelum itu, pasti semua tertanya-tanya di mana dan bagaimana hendak mendapatkan produk ini bukan? Anda boleh mendapatkan produk ini secara online yang mana banyak usahawan internet yang menjual produk ini dalam lingkungan harga RM40-RM70 bergantung ada lokasi.. Namun, berita baik buat peminat MeKaP-MeKaP, anda boleh dapatkan produk ini dari blog ini degan tawaran harga yang berpatutan tidak lama lagi.. Segala maklumat akan diberitahu kelak..

Segala pertanyaan dan persoalan boleh ditanya sama ada di page Facebook MeKaP-MeKaP atau boleh tinggalkan komen anda di ruangan komen ataupun di chatbox yang tersedia..

Ketemu lagi nanti..


7 comments:

Anonymous said...

lepas guna, naturcator ni bole guna, bedak padat mac studio fix ke

Mekap-Mekap said...

Boleh... Sapu bedak dengan berus muka yg saiz besar..

Crystal Bliss said...

foundation naturactor mmg berkesan.. aper yg dh diterangkan oleh Mekap-Mekap td itu tak dinafikan.. Sy pun ader gune naturactor tu jg.. Tapi maaf yer Mekap-Mekap, sy baca text awk td naturactor ini buatan china, sethu sy ia adlh buatan jepun tgk pada tulisan pd kotak & atas penutup itu... klu sy silap maafkan sy.. tapi tak salah klu kite sm2 memperbtlkan mn yg salah.. bye...

Mekap-Mekap said...

Ianya buatan China.. Mungkin tulisan pada kotak itu adalah tujuan pemasaran Ke Jepun.. Namun ada juga yang satu lagi keluaran seakan produk ini,yang bentuk penutupnya lebih rata.. Itu khabarnya buatan Jepun.. Namun, MeKaP-MeKaP pasti, di mana pun jua pembuatannya, Naturactor mmg produk yang bagus!

♥ aeryn ♥ said...

kalau pakai naturactor ni, kita dah tak perlu pkai krim muka ke?

Anonymous said...

Hi mekap-mekap..

sy just nk share tntg produk naturactor tiruan n original utk kebaikan bersama..
x nak citer pnjg2 k..just check link ni

http://www.naturactor.com/onews.php?id=182

kt sidebar kiri ada 6 label kan..

klu nk paham ape citer dia leh guna translator ni n pilih Chinese to english

http://translate.google.com/

n chec link ni juga

http://www.meikocosmetics.co.jp/

yg ni plak kena guna translator japanese to english k..

selamat berkongsi ye

-nana

http://translate.google.com/

Anonymous said...

Mmg bagus product ni. Saya punya da habis. Susah btol nak dpt stock.. Any suggestion mana nak beli? Thanks..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails