Anda mengalami kulit bermasalah? Jerawat serta berminyak pada permukaan kulit anda? Oh pasinya anda begitu benci dangan keadaan sebegini bukan? Ok hari ni MeKaP-MeKaP akan bincangkan mengenai isu kulit bermasalah ini.
terdapat beberapa masalah yang sering berlaku kepada kulit kita. Jerawat adalah masalah utama pada sesetengah individu. Keduanya, masalah kulit yang cenderung berminyak merupakan masalah yang sering dihadapi oleh setiap orang baik wanita ataupun lelaki. Menurut kajian, masalah terhadap kulit muka adalah disebabkan hormone yang terdapat dalam tubuh badan kita sendiri. Namunpun begitu, ketidakprihatinan kita terhadap penjagaan kulit juga adalah punca utama masalah kulit tersebut.
Kebanyakan daripada kita beranggapan menjaga kulit wajah yakni dengan mengikut rutin kecantikan asas yang disarankan oleh pakar kecantikan adalah 'over' dan dan kita sering beranggapan 'tak perlu membazir' dalam membeli produk-produk penjagaan kulit wajah. Akan tetapi natijah daripada sikap kita ini, jerawat serta minyak serta bebarapa masalh kulit lain akan menyerang dengan hebatnya.
Oleh itu langkah penjagaan wajah harus dilakukan pada setiap individu bermula ketika remaja lagi. Selepas akil baligh ladalah lebih sesuai pada seseorang individu untuk memulakan rutin penjagaan wajah kerana di saat itu hormon dalam diri telah berubah.
Di sini MeKaP-MeKaP menyarakan beberapa rutin harian yang boleh diikuti bagi penjagaan wajah yang sesuai pada setiap individu.
Pertama
Cucian : Pastikan anda mencuci wajah anda sekurang-kurang dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan pada waktu malam. Bagi kulit yang berminyak, cucian yang lebih boleh dilakukan.
Kedua
Penyegar : Dapatkan toner atau penyegar kulit yang sesuai dengan wajah anda. Lakukan langkah ini selepas mencuci bersih wajah sebelum anda menyapu pelembab. Lakukan rutin dia dua kali sehari juga.
Ketiga
Pelembapan : Pilih pelembab yang bersesuaian dengan kulit anda dan sapukan pada kulit wajah anda di waktu pagi dan malam. bagi yang kulit berminyak. Pastikan anda memilih produk yang 100% bebas minyak.
Keempat:
Tambahan : Rutin tambahan ini termasuk Masker, Pengewapan serta Skrub yang boleh dilakukan 1-2 kali seminggu bagi memantapkan lagi rutin penjagaan wajah anda.
Diingatkan di sini, anda perlu memilih produk penjagaan muka yang benar-benar sesuai dengan wajah anda. Jangan membeli produk penjagaan wajah hanya berdasarkan kecantikan pada packaging dan termakan pujuk iklan di TV sahaja. Anda perlu berjumpa pakar kecantikan dan minta pandangan yang tepat daripada mereka. Biasanya anda boleh dapatkan khidmat nasihat ini di salon-salon kecantikan dan juga klinik kulit. Tetapi MeKaP-MeKaP lebih syorkan anda ke Klinik yang berhampiran untuk menyelesaikan masalah kulit anda tersebut.
Tujuan menjaga kulit wajah ini adalah untuk memaksimumkan kondisi kulit anda lebih-lebih apabila anda ingin mengaplikasikan solekan. Jelas sekali kulit yang bermasalah akan menimbulkan ketidaksempurnaan pada solekan anda. Berbeza dengan mereka yang berkulit sihat serta bebas masalah, solekan dapat disapukan dengan mudah berbanding dengan kulit yang bermasalah.
Oleh itu, pilihan ditangan anda. Jika anda mahukan solekan anda tampak cantik dan sempurna mulakan penjagaan wajah anda hari ini juga.
Xoxo..
1 comments:
thank you..
well i nak mintak suggestion..
mcm maner nk hilangkan bulu2 yg ader kat muker...
cian my fwenzz tue..org ckp dia mcm laki taw
Post a Comment