Special Ads

Followers

Tuesday, August 4, 2009

Garnier Skin Naturals Light : Review

Reactions: 

Krim pelambab Garnier Skin Naturals Light
Garnier Skin Naturals Light Moisturizing Cream

Hi semua hari ni MeKaP-MeKaP nak kenalkan anda dengan produk jenama Garnier. Garnier Light adalah koleksi penjagaan wajah yang bertindak sebagai produk pencerahan.. Ok MeKaP-MeKaP akan review dua daripada produk koleksi ini.
Hi guys, today I would doing riview on Garnier facial product. Garnier Light is a skin lightening beauty regime collection.. Ok, I will review two of the product...

Pertama;
First;



Whiten & Protect Moisturizing Cream - Gentle.

Krim ini adalah krim pencerah yang bersifat lembut dan bertindak sebagai pencerah pada waktu siang sekaligus sebagai pelindung kepada pancaran cahaya matahari. Diperkaya dengan ekstrak Lemon yang bertidak sebagai ejen eksfoliasi dan menyingkirkan sel-sel mati yang ada pada kulit. Ekstrak Long Dan pula digunakan dalam formulasi ini sebagai ejen yang memperlambatkan pembentukan bintik hitam yang disebabkan oleh melanin. Juga diperlengkapkan dengan perlindungan UVA dan UVB yang bertindak sebagai pelindung kulit dan mencegah penggelapan kulit.
This lightening cream is soft and works as lightener in day time and also as a protector to the sunlight. Rich with lemon extract which works as exfoliate agent that pull out all dead cells on the skin surface. Long Dan extract which contains in this formulation effective to reduce dark spot that cause by melanin. Its also completed with UVA and UVB protection that works as skin protector and avoiding skin darkness.

Keseluruhannya, MeKaP-MeKaP suka krim pelembab ini kerana ia tidak berminyak. Terdapat dua jenis iaitu yang normal dan gentle. MeKaP-MeKaP guna yang Gentle sebab kulit berminyak kan.. So far MeKaP-MeKaP happy dengan produk ini kerana ia memang tak rasa berminyak walaupun guna dalam kuantiti yang banyak. Pada yang kulit kering MeKaP-MeKaP syorkan yang jenis biasa. Yang Gentle ni utuk mereka yang kulit sensitif dan cenderung berminyak. 4 bintang untuk produk ni!!
Overall, I loved this moisturizing cream because in non-oily product. It come in two different type which is the normal and gentle one. I used the Gentle formulation because I have oily skin. So far I'm happy using this product because its non greasy even though I spread a lots onto my skin. To whom with dry skin, I suggest you used the normal one. The gentle type is formulate for sensitive ang more to oily skin. 4 stars for this lovely product.

Gunakan pada waktu pagi selepas mencuci wajah dan toner.
Apply onto entire face in the morning after you clean and tone your skin.

Kedua;
Second;

Overnight Whitening Peeling Cream

Krim pengelupasan ini digunakan pada waktu malam sebelum kita tidur. Bertindak sebagai pengelupas secara lembut terhadap kulit wajah. Proses ini membantu mencerahkan kulit wajah kita pada waktu malam dan mengurangkan kekusaman kulit. Bahan aktif yang menjadi ejen pengelupasan dalam produk ini ialah sari lemon dan buah-buahan yang membantu melembutkan kulit wajah anda ketika anda tidur. Ektsrak Long Dan pula membantu mengurangkan pembentukan pigmentasi yang menjadi penyebab kegelapan kulit wajah.
This exfoliate cream should be used on the night time when we go to bed. It works as a gentle exfoliate to the skin. This process helps lighten the skin surface at the night time and reduce dullness. The active ingredient for this formulation is Lemon extract and fruits' as a skin softener. Long Dan Extract helps to reducing pigmentation which cause skin darkness.

Bagi MeKaP-MeKaP pengelupasan yang berlaku terhadap kulit wajah adalah minima dan tidak terasa dan disedari oleh kita. Tak tahu lah dier tak mengelupas langsung kan.. Sebab memang tak ader kesan kulit mengelupas sejak memakai krim ini. Tetapi kulit menjadi lembab dan lembut pada keesokan harinya. So far, tak lah naik jerawat ke rashes ke walaupun krim ini sedikit berminyak. Biasanya lepas pakai krim ni, MeKaP-MeKaP sapu sikit bedak baby untuk kurangkan minyak. 3 bintang untuk produk ini!
On my opinion, the skin exfoliation process are very minimal and can't be noticed by us. I don't know if its not exfoliate at all.. Because don't have any exfoliation effect since I'm used it. But, my skin is moisture and feel so soft on the next morning. So far, this product doesn't cause pimples or rashes eventhough this cream is bit oily.Usually, I dust baby powder after I'm applied this product to reduce any excess oil. 3 stars for this product.

Gunakan pada waktu malam sebelum tidur selepas mencuci wajah dan toner.
Apply onto face after you clean and tone your skin before you sleep.

P/s : Review ini dibuat berdasarkan pengalaman MeKaP-MeKaP menggunakannya. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kemudaratan yang berlaku semasa dan setelah anda menggunakan produk ini. Harap maklum.
P/s: Attention. This product reviewed base on my experience by using it. I don't take any responsibilty if this product gives any side effects to you guys during and after used it.


2 comments:

~sunflower~ said...

ok tak pakai garnier??
nak try la kak guna benda nie...

siti nazirah abu bakar said...

saya dah pakai..mang best pon, dari pencuci, toner n pelembab dier.. paling best pelembab yg direview atas nie..kulit naz dah tak kusam, muke naz oily n ader jerawat kecik satu dua, after using garnier product, jerawat cepat kecut, muke pon bercahaya..best2...try la, n paling best murah ciket..saving2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails