Special Ads

Followers

Tuesday, November 27, 2012

Review Produk : Set kecantikan Kulit Shaklee! Benar-benar berkesan!

Reactions: 
Salam semua pembaca Mekap-Mekap sekalian. Agak lama juga x update blog. Sorry semua sebab baru balik dari Korea ni. Sibuk sikit dengan kerjaya. Ok, macam mana keadaan pembaca-pembaca semua? Sihat? Saya yang staying di negara 4 musim memang mencabar. Lagi-lagi tentang kesihatan dan kecantikan.

Hari ini saya nak review produk makanan tambahan (supplement) yang sedang menjadi bualan hangat di Malaysia. Semua orang berebut-rebut untuk mencuba. Saya pun tak tahu blog Mekap-Mekap ni blog yang ke berapa ribu yang review tentang produk ini.

Jom saya perkenalkan..

Tadaaaaa..


Ini dia set kesayangan saya buat masa ini. Set makanan kesihatan untuk memelihara kulit dan untuk mendapatkan kulit yang sihat sentiasa. Ok saya go trough dulu produk ini. Seperti dalam imej di atas, set makanan tambahan ini adalah keluaran Shaklee. Tak pernah dengar? Memang betul, bagi yang tidak pernah tahu, anda satu geng dengan saya kerana selama ini tak pernah tahu kewujudan supplement dari jenama ini. Sebulan lepas, saya dibekalkan (beli sendiri la tapi.. hehe) vitamin-vitamin ini yang saya beri nama 3 serangkai. Sebelum saya purchase saya buat research dahulu menerusi website, blog dan page di FB. Setelah agak teruja (lebih kepada terpengaruh) saya terus rasa ingin mencuba. Ditambah dengan hasutan kawan, saya setuju untuk give a try produk ini.

Produk ini terdiri daripada vitamin B-Complex, Vitamin E dan Vitamin C. Ringkasan fungsi produk-produk ini adalah seperti berikut;

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Penggunaan berterusan Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
Credit info : Optimum Vitamin


Pengalaman sendiri, seminggu selepas mencuba produk vitamin ini, saya terus terbang ke Korea. Suhu di Korea pada ketika itu adalah di bawah 10 darjah celcius. Ya sejuk. Kulit saya jenis sensetif, di persekitaran yang sejuk, kulit saya akan menjadi sangat kering dan jika panas kulit saya akan cenderung berminyak.

Selepas dua hari tiba di Korea, kulit saya mula mengering dan sedikit mengelupas. Tetapi tidak begitu serius seperti lawatan saya ke Korea pada musim Spring dan Winter yang lepas, di mana saya mengalami kekeringan kulit yang melampau sehingga terasa pedih. Selepas seminggu di Korea, kulit saya kembali normal dan bebas masalah kekeringan. 

Saya pasti ini adalah hasil dari pengambilan produk Shaklee ini. Selama saya di sana, saya tidak pernah skip untuk mengambil produk-produk ini setiap hari. Hasilnya,jerawat tidak lagi muncul, jika muncul sekejap sahaja. Kulit muka tak kering dan tidak lagi kemerahan dan pedih.

Selang sehari saya akan melakukan facial (masker) pada wajah menggunakan Vitamin C jenama ini dan hasilnya, kulit menjadi halus dan kulit terasa segar dan tegang. Tona kulit wajah juga makin cerah serta glowing.

Mekap-Mekap sangat mengesyorkan semua pembaca yang mempunyai masalah kulit wajah untuk mendapatkan set vitamin ini bagi menyelesaikan masalah-masalah kulit berikut;

  • Kulit Kusam
  • Kulit Kering
  • Terdedah kepada cuaca yang terlalu sejuk atau panas
  • Tidak berseri
  • Kulit berminyak
  • Berjerawat
  • Spot-spot Hitam
  • Jeragat
  • Warna Kulit Tidak Sekata
  • Kulit Kasar
  • Mudah terkena alahan
  • Kemerahan pada kulit
  • Radang Kulit
  • dan lain-lain masalah kulit
Extra :- Pengambilan produk ini yang berterusan akan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang halus supaya aplikasi solekan anda menjadi lebih baik dan hebat!

Macam mana nak dapatkan produk ini, senang sahaja hubungi saya secara terus melalui SMS 011-14381468 atau anda boleh Whatsapp rakan saya pengedar sah produk Shaklee di talian 017-2425420 / BBM pin : 28A3E92F

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk hebat ini. Dapatkan sekarang juga!

Nantikan resepi DIY masker Vitamin C pada entry yang akan datang.

P/s:- Review ini adalah pengalaman Mekap-Mekap sendiri. Tidak ada unsur paksaan daripada mana-mana pihak. Produk juga atas pembelian sendiri. He he..

Sila rujuk blog http://optimumvitamin.blogspot.com untuk mendapatkan info lanjut mengenai produk ini!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails